Urusan Kerajaan Sementara Tetap Berlangsung Menjelang Pilihan Raya
URUSAN KERAJAAN SEMENTARA TETAP BERLANGSUNG MENJELANG PILIHAN RAYA
Setelah Dewan Negeri Johor dibubarkan, pentadbiran negeri akan beroperasi pada tahap yang minima sementara pilihan raya diadakan.
Namun, urusan harian tetap berjalan dan memerlukan perhatian yang rapi.
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bagi persembahan makluman urusan kerajaan negeri.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada semalam (10 Jun).
Sesi mengadap berkenaan adalah sebahagian daripada rutin pertemuan berkala bersama Seri Paduka Baginda yang tetap berlangsung dalam pengurusan kerajaan sementara selepas pembubaran Dewan Negeri.




