ZIARAH KASIH DUN LARKIN DI KAMPUNG MELAYU MAJIDI
Alhamdulillah, selesai tugasan rasmi, saya ambil sedikit masa untuk Program Ziarah Kasih di kawasan DUN Larkin dan kali ini di dua kediaman di Jalan Utama Tengah dan Jalan Ingatan, Kampung Melayu Majidi Johor Bahru.
Turut disampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan serta tanggungan mereka yang memerlukan. Sama-sama kita doakan.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah