ZIARAH SENTUHAN KASIH BERSAMA KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN DAN CAWANGAN KG KENANGAN TUN SYED NASIR
Alhamdulillah saya bersama Datuk Hj Abdull Rahim bin Talib, Ketua UMNO Bahagian Ledang telah menziarahi tiga buah rumah di Taman Tg Gading untuk membantu apa yang diperlukan.
Sedikit buah tangan untuk mereka juga telah dibawa dalam ziarah ini. Insha Allah bantuan akan terus diberikan bagi mereka yang memerlukan.
Turut bersama Cg Subri Sumirin, Setiausaha UMNO Bahagian Ledang; En Zahid Ibrahim, Ketua Pemuda UMNO Ledang; En Shahril Ketua Cawangan UMNO Tun Syed Nasir; Pn Kamariah; Ketua Wanita UMNO Cawangan; AJK Wanita Bahagian; dan Tn Hj Abu Bakar Talib