120 Pemenang, Satu Identiti – Johor Raikan Keunikan Kuliner di Majestic Johor Food Awards

Malam tadi, saya berkesempatan merasmikan Majestic Johor Food Awards yang berlangsung dengan sangat meriah, mengiktiraf lebih daripada 120 pemenang dari pelbagai latar belakang kuliner.

Acara ini bukan sahaja menghargai keunikan dan kepelbagaian masakan Johor, tetapi juga memperkukuh semangat perpaduan melalui warisan dan budaya gastronomi negeri.

Turut bersama Pengarah Tourism Johor, Encik Sharil Nizam Abdul Rahim, dalam mempromosikan pelbagai hidangan tradisional serta moden yang menjadi identiti Johor.

Saya menekankan bahawa anugerah ini bertujuan mengiktiraf dan mengajak semua pengendali makanan dan cef untuk terus berkarya, memastikan warisan kuliner Johor terus berkembang dan dikenali di peringkat antarabangsa.

Anugerah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam kempen Tahun Melawat Johor 2026, dengan harapan menjadi panduan kepada pelancong dalam menerokai keunikan gastronomi negeri ini. Kerjasama erat antara pelbagai komuniti dalam menjayakan acara ini mencerminkan kekuatan perpaduan dan kepelbagaian budaya yang menjadi tunjang kepada keharmonian Johor.