Kunjungan Hormat dan Perkongsian Pengalaman Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Johor di Karimun

Sempena Program Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Johor ke Tanjung Balai Karimun, kami terlebih dahulu mengadakan sesi kunjungan hormat kepada Wakil Bupati Karimun, Rocky M Bawole, S.Sos. serta kepimpinan utama Kapubaten Karimun. Kami berkongsi pengalaman dan pandangan pelbagai perkara terutamanya mengenai usaha-usaha dalam membangunkan komuniti masyarakat desa.

Program ini melibatkan kepimpinan masyarakat Orang Asli seluruh Johor termasuk Tok Batin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), kepimpinan wanita dan belia serta NGO orang asli. Turut serta, Pengarah dan pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kepimpinan masyarakat Orang Asli Johor mengenai pembangunan masyarakat Orang Asli di sekitar Kepulauan Karimun. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi menerusi program ini diharap dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan di kampung masing-masing.