225 Murid Tahun Satu SJK(T) Taman Tun Aminah Terima Kit Persekolahan – Welcome Back to School

Seramai 225 murid Tahun 1 di SJK (T) Taman Tun Aminah, Johor Bahru, menerima kit persekolahan sebagai sebahagian daripada inisiatif MIC Negeri Johor dan Yayasan Sultanah Rogayah (YSR).

Secara keseluruhan, 2,013 murid Tahun 1 di sekolah jenis Tamil seluruh negeri Johor menerima bantuan ini, sebagai usaha memastikan pelajar memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersedia.

Majlis penyerahan turut dihadiri oleh Pengerusi YSR, Dato’ Sugumaran, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan, YB Tuan Aznan Tamin bersama wakil agensi lain yang turut menyokong inisiatif ini.

Kerajaan Negeri Johor terus komited dalam memastikan setiap pelajar mendapat keperluan pendidikan yang sewajarnya demi masa depan yang lebih cerah.