80 Murid Tahun 1 SK Seri Pantai Terima Kit Persekolahan

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Maju Johor, saya telah menyerahkan 80 set alat tulis kepada 80 murid Tahun 1 di SK Seri Pantai, pagi tadi.

Bantuan ini bukan sekadar kelengkapan sekolah, tetapi satu tanda sokongan dalam memastikan setiap anak Johor memulakan perjalanan pendidikan mereka dengan lebih yakin dan bersedia.

Komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasakan pendidikan terus diperkukuh, seiring dengan usaha membentuk generasi berilmu dan berdaya saing.
Onn Hafiz Ghazi