Sesi Libat Urus Sekolah Rintis Bangsa Johor Bersama Ibu Bapa di SMK dan SK Tasek Utara

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan untuk bertemu dan berdialog bersama lebih 300 ibu bapa di SMK Tasek Utara dan SK Tasek Utara dalam sesi libat urus Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ).

Saya berkongsi tentang empat teras utama SRBJ yang bakal memberikan masa depan lebih cerah untuk anak-anak Johor:
✅ Penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persiapan menghadapi cabaran global.
✅ Penekanan STEM untuk melahirkan bakat masa depan.
✅ Ujian bertaraf antarabangsa sebagai penanda aras pencapaian murid.
✅ Jaminan 100% pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM.

Sebagai Exco yang diamanahkan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, sesi seperti ini amat penting untuk saya mendengar sendiri pandangan dan harapan ibu bapa. Alhamdulillah, maklum balas yang diterima amat positif, membuktikan sokongan penuh mereka terhadap wawasan SRBJ.

Insyaa-Allah, usaha ini akan diteruskan demi memastikan anak-anak Johor mendapat pendidikan terbaik!