Kemeriahan Tanjung Surat Fest 2025 dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

Aktiviti pagi di Tanjung Surat Fest 2025 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya! Pelbagai acara menarik seperti pertandingan sukan pantai, pertandingan mewarna, dan saringan raceboat telah mendapat sambutan hangat daripada peserta dan penonton.

Tahniah kepada semua pemenang yang telah menunjukkan semangat kesukanan dan kreativiti luar biasa. Semoga festival ini terus membawa kegembiraan dan perpaduan kepada komuniti setempat!

Selain pertandingan sukan pantai, mewarna, dan saringan raceboat, booth-booth pameran dari agensi kerajaan serta IKS kampung-kampung terdekat turut memeriahkan suasana Tanjung Surat Fest 2025.

Pelbagai produk tempatan, hasil kraftangan, serta informasi bermanfaat daripada agensi kerajaan telah menarik perhatian pengunjung. Semoga festival ini terus menjadi platform terbaik untuk komuniti berkongsi ilmu, bakat, dan keusahawanan.