Program Gunting Rambut Percuma Sempena “Back To School”
Selesai merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Muafakat Bangsa Johor Bhd, saya terus ke Dewan Raya Utama Kampung Melayu Majidi untuk bersama dalam Program Gunting Rambut Percuma.
Alhamdulillah, sambutan meriah dengan anak-anak ramai hadir untuk mendapatkan khidmat gunting rambut percuma.
Turut dimeriahkan dengan aktiviti memasak bubur lambuk di perkaranhan dewan untuk agihan kepada orang ramai yang hadir dan komuniti setempat.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah