Majlis Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Negeri Johor

Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang bersama warga peneroka di Majlis Penutupan Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Negeri Johor di FELDA Tunggal, Kota Tinggi.

Johor memiliki 73 rancangan FELDA dengan lebih 27,000 peneroka. Dan FELDA sentiasa menjadi anak emas Kerajaan Negeri Johor. Sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi simbol pengiktirafan atas sumbangan besar warga peneroka dalam memajukan tanah rancangan dan memperkukuh semangat muafakat yang menjadi tunjang kekuatan FELDA.

Menerusi program ini, Kerajaan Negeri turut menzahirkan komitmen dengan peruntukan tambahan melebihi RM4.6 juta termasuk:
1. Bantuan RM10,000 kepada 71 JKKR FELDA;
2. Bantuan RM10,000 kepada 2 JKKR Gabungan Wilayah Johor Bahru & Segamat;
3. Bantuan RM5,000 kepada 71 Majlis Belia FELDA di Rancangan;
4. Bantuan RM5,000 kepada 2 Majlis Belia Wilayah Johor Bahru & Segamat;
5. Bantuan RM5,000 kepada 56 masjid;
6. Bantuan RM5,000 kepada 23 surau;
7. Bantuan RM5,000 kepada 71 GPW FELDA di Rancangan;
8. Bantuan RM5,000 kepada 2 GPW Wilayah Johor Bahru & Segamat;
9. Kuota Haji Khas kepada 10 orang (atau 5 pasangan) peneroka terpilih;
10. Pinjaman Pendidikan tanpa faedah di bawah YPJ untuk 50 anak peneroka FELDA;
11. Sumbangan Bakul Makanan RM100 kepada 27,642 peneroka sempena Hari Peneroka Kebangsaan.

Selain itu, Kerajaan Negeri komited untuk menyelesaikan isu geran hak milik tanah peneroka sepenuhnya dalam tempoh dua bulan, dengan kemajuan setakat ini telah mencapai 99%. Permohonan lot perumahan generasi kedua FELDA yang kini berbaki 22% juga dijangka dapat diselesaikan dalam tahun ini.

Bagi aspek perumahan, Kerajaan Negeri turut memberikan komitmen terhadap penyelesaian dua projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) di FELDA Bukit Aping Timur dan FELDA Pasak yang telah lama terbengkalai. Kerajaan Negeri dan FELDA akan bekerjasama rapat bagi memastikan kedua-dua projek ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Untuk makluman, bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM9.35 juta, dimana RM9 juta untuk pembangunan infrastruktur asas lot kediaman generasi kedua FELDA (Fasa 1) merangkumi jalan masuk utama, bekalan elektrik, sistem perpaipan dan perparitan, manakala RM350,000 untuk pelbagai inisiatif sokongan lain.

Semoga segala usaha ini membuktikan bahawa komuniti FELDA tidak pernah dipinggirkan dan sentiasa menjadi anak emas Kerajaan Negeri. Dengan perancangan berfokus dan kerjasama erat, kesejahteraan warga FELDA akan terus diperkasa demi Johor yang makmur, maju dan sejahtera. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor