Lawatan Ke Sekolah Kebangsaan Tasek Utara Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara

Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas cetusan ilham inisiatif Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) bagi terus memperkukuh agenda pendidikan negeri Johor.

Syukur Alhamdulillah, saya telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Tasek Utara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, antara dua sekolah yang dipilih sebagai SRBJ, bagi melihat sendiri pelaksanaan agenda pembaharuan pendidikan Johor melalui inisiatif SRBJ. 

Inisiatif SRBJ ini mencerminkan visi strategik DYAM Tunku yang melihat pendidikan sebagai asas kekuatan negeri. Ia bukan sekadar projek naik taraf fizikal, tetapi satu usaha menyeluruh untuk membina ekosistem pendidikan yang moden, inklusif dan bertaraf antarabangsa, agar setiap anak Johor berpeluang mencapai potensi tertinggi mereka.

Ia akan melaksanakan transformasi pendidikan secara menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada penguasaan Bahasa Inggeris dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), disokong oleh kurikulum bertaraf global. Pada masa yang sama, penyediaan kelas rintis, makmal sains, bengkel Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta ruang pembelajaran interaktif menjadikan sekolah ini sebagai penanda aras dan model contoh kepada institusi pendidikan lain, sekali gus memberi manfaat langsung kepada para pelajar.

Semoga segala kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dan pendidik bagi memperkasa pembelajaran, mengembangkan potensi diri serta membentuk generasi Johor yang berdaya saing serta berakhlak mulia. Insya-Allah. 

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor