Perhimpunan Agung UMNO Ke-79

Syukur Alhamdulillah, Perhimpunan Agung UMNO ke-79 dimulakan dengan Sesi Taklimat Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, sebagai pembuka tirai kepada persidangan yang membawa amanah besar terhadap hala tuju parti dan masa depan perjuangan.

Semoga persidangan ini menjadi medan untuk para perwakilan berkongsi pandangan, memperkukuh kesatuan dan memperbaharui tekad dalam memperkasa perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Insya-Allah.

Selamat bersidang saya ucapkan kepada seluruh perwakilan UMNO Johor dan UMNO Malaysia.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #UMNOJohor #UMNODuluKiniDanSelamanya #PAU2025