Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-148

Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-148 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Parlimen Malaysia.

Mesyuarat ini menjadi platform penting penyelarasan dasar dan hala tuju strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memastikan tadbir urus negara terus diperkukuh serta pembangunan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan. 

Pelbagai perkara dibincangkan merangkumi reformasi institusi, pengurusan tanah, keselamatan dan kesihatan awam, pembangunan pendidikan, serta pelaksanaan projek pembangunan Persekutuan yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Johor terus komited untuk memastikan setiap keputusan dan dasar yang dipersetujui dilaksanakan secara berfokus, selaras dengan agenda pembangunan negeri demi manfaat rakyat Johor secara menyeluruh.

Semoga segala keputusan yang dicapai dapat diterjemahkan kepada hasil yang nyata demi kemajuan negeri dan negara. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor