YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR
YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Dato’ Mohammed Ridha Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Hadir sama, Datin Paduka Hazlina Jalil, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Mohammed Shakib Ali, Pengarah Tanah dan Galian Johor.
Pada sesi mengadap itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan amanat tegas Baginda agar usaha memerangi rasuah dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri.
Seri Paduka Baginda turut menekankan bahawa integriti dan ketelusan pentadbiran merupakan asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara.
Pertemuan selama hampir dua jam itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini (18 Februari).
Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa serta kemajuan pesat yang dicapai negeri Johor oleh YAB Dato’ Onn Hafiz.




