RM12.3 Juta Peruntukan Untuk Komuniti FELDA Johor
Syukur Alhamdulillah, sebanyak RM12.3 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi menyokong pembangunan serta kesejahteraan komuniti FELDA di negeri ini, selaras dengan usaha berterusan untuk memastikan kebajikan warga peneroka terus dipelihara dan komuniti FELDA terus maju serta berdaya tahan.
Dalam majlis berbuka puasa bersama komuniti FELDA ini menghimpunkan hampir 1,500 orang yang terdiri daripada ketua blok, kepimpinan rancangan, wakil agensi serta pemimpin komuniti FELDA dari seluruh Johor, Kerajaan Negeri telah mengumumkan beberapa inisiatif bagi menyokong pembangunan dan kesejahteraan komuniti FELDA, antaranya:
1. Geran Aidilfitri RM5,000 kepada setiap 73 rancangan FELDA bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat rancangan;
2. Peruntukan RM10,000 kepada setiap Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) di 73 rancangan FELDA;
3. Peruntukan RM5,000 kepada setiap Gerakan Persatuan Wanita (GPW) di 73 rancangan FELDA;
4. Sumbangan bakul makanan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang menetap di rancangan FELDA dan kakitangan FELDA di Negeri Johor;
5. Geran RM7,500 kepada setiap Pejabat Rancangan FELDA di Negeri Johor;
6. Peruntukan RM200,000 kepada Sekretariat Muafakat FELDA Negeri Johor;
7. Meneruskan kuota khas Haji kepada 10 orang warga FELDA;
8. Meneruskan kuota khas Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah Yayasan Pelajar Johor (YPJ) kepada 50 orang anak muda FELDA untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Inisiatif ini diharap dapat terus menyokong kebajikan komuniti peneroka serta memperkukuh peranan kepimpinan FELDA di peringkat akar umbi dalam menyelaras pembangunan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
Semoga melalui kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan FELDA, usaha memperkasa komuniti FELDA dapat terus diperkukuh demi memastikan kesejahteraan serta kemakmuran yang berterusan kepada warga peneroka di Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #FELDAJohor #MuafakatFELDA #Ramadan2026




