Majlis Berbuka Puasa Bersama Belia Negeri Johor

Syukur Alhamdulillah, hampir 1,500 anak muda dari seluruh Johor berhimpun dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Belia Negeri Johor, mencerminkan semangat kebersamaan serta komitmen generasi muda dalam menyumbang kepada pembangunan negeri.

Penyertaan belia daripada pelbagai daerah, organisasi dan latar belakang menunjukkan bahawa anak muda Johor semakin tampil ke hadapan sebagai rakan pembangunan negeri, bukan sekadar pemerhati. Tenaga, idea dan kepimpinan mereka amat penting dalam memastikan Johor terus melangkah maju serta membawa manfaat kepada seluruh Bangsa Johor.

Seiring dengan pertumbuhan ekonomi negeri dan pembangunan strategik seperti Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi, anak muda Johor kini mempunyai ruang yang lebih luas untuk membina kerjaya, meningkatkan kemahiran serta meneroka peluang keusahawanan dalam pelbagai sektor baharu yang sedang berkembang pesat.

Dalam masa yang sama, peranan belia dalam era digital hari ini juga semakin penting sebagai penggerak maklumat dan agen perubahan masyarakat, membantu menyampaikan maklumat yang tepat serta menghubungkan rakyat dengan pelbagai inisiatif pembangunan negeri.

Semoga kebersamaan di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini terus menyemarakkan semangat Orang Muda Johor untuk terus bangkit, menyumbang bakti dan memanfaatkan setiap peluang yang tersedia dalam usaha membina Johor yang lebih maju, makmur dan berdaya saing. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #OrangMudaJohor #Ramadan2026