Johor dan Singapura Perkukuh Kerjasama Bekalan Air dan Alam Sekitar

Syukur Alhamdulillah, saya telah menerima kunjungan hormat Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura, PYT Grace Fu, bersama delegasi Kerajaan Singapura di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, Saujana.

Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama Johor–Singapura khususnya dalam memastikan keselamatan bekalan air serta pengurusan alam sekitar yang lebih mampan bagi jangka masa panjang.

Kami juga menyentuh mengenai usaha untuk meneroka bentuk kerjasama strategik dalam memperkukuh perlindungan kualiti air sungai, pengurusan pencemaran serta penerokaan teknologi dan pendekatan baharu bagi meningkatkan daya tahan sistem bekalan air dan alam sekitar.

Semoga pertemuan ini terus memperkukuh hubungan baik Johor–Singapura serta membuka lebih banyak ruang kerjasama dalam bidang kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua pihak. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor