Sambutan Hari Raya Aidilfitri Di Mines International Exhibition & Convention Centre, Seri Kembangan

Syukur Alhamdulillah, saya dan isteri gembira dapat bersama lebih 5,000 Anak Johor di perantauan daripada mahasiswa dan generasi FELDA dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri di Mines International Exhibition & Convention Centre, Seri Kembangan.

Walaupun sambutan ini “Terlajak Raya”, kemeriahan dan kehangatan yang dirasai jelas menggambarkan semangat kebersamaan yang cukup kuat dalam kalangan Bangsa Johor. Majlis ini menjadi ruang penyatuan generasi yang masing-masing membawa harapan dan aspirasi untuk masa depan Johor.

Ini merupakan tahun ketiga sambutan Hari Raya Aidilfitri Anak Johor di perantauan dianjurkan di luar negeri Johor, dan Alhamdulillah, tahun ini mencatat sejarah sebagai yang terbesar pernah diadakan. Melihat wajah anak-anak Johor di perantauan, saya percaya walau sejauh mana langkah mereka membawa diri, jati diri Bangsa Johor tetap utuh.

Insya-Allah, pintu Johor sentiasa terbuka. Kerajaan Negeri akan terus berusaha menyediakan ruang, peluang dan masa depan yang lebih baik agar satu hari nanti, kepulangan anak-anak Johor di perantauan bukan sekadar kembali, tetapi pulang untuk membina, memimpin dan mengangkat negeri Johor ke tahap yang lebih gemilang.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah 

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor