Perbincangan Strategik Bekalan Air dan Tenaga Johor
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 28 April 2026.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan penyediaan bekalan air yang lebih sistematik dan penjanaan elektrik yang mampan bagi memastikan bekalan yang mencukupi untuk masa depan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
———
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor received in audience Deputy Prime Minister and Minister of Energy Transition and Water Transformation YAB Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof, Chief Minister of Johor YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi and Johor State Secretary YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir today, 28 April 2026.
Among the matters discussed were related to the provision of a more systematic water supply and sustainable electricity generation to ensure sufficient supply for Johor’s future. Allah Peliharakan Sultan.



