Meninjau Projek Menaik Taraf Masjid Al Huda, Bandar Baru Ibrahim Majid

Syukur Alhamdulillah, semasa balik ke kawasan, saya berkesempatan meninjau projek menaik taraf Masjid Al Huda, Bandar Baru Ibrahim Majid serta menyerahkan sumbangan berjumlah RM300,000 daripada Yayasan Mohamed Noah bagi menjayakan pembangunan masjid dan penambahbaikan infrastruktur. 

Pembinaan Fasa 1 masjid ini telah bermula pada tahun 2025 dengan kos sekitar RM1.2 juta hasil sumbangan orang awam dalam bentuk kewangan dan bahan binaan, serta bantuan RM100,000 dari Tabung Pembinaan Masjid Johor. Kini, pelaksanaan Fasa 2 sedang giat diteruskan dan telah mencapai tahap kesiapan sebanyak 75 peratus meskipun berdepan peningkatan kos bahan binaan. 

Pelbagai kerja naik taraf akan dilaksanakan melalui peruntukan yang disalurkan ini, termasuk pembinaan koridor bagi kawasan bilik wuduk dan persalinan, pembinaan anjung serta kubah, serta kerja-kerja pembinaan kaki lima dan longkang separuh bulat. Selain itu, ia turut merangkumi kerja-kerja pendawaian elektrik, kemasan mozek, pembinaan tiang dan beam, serta baik pulih struktur sedia ada.

Saya percaya, masjid bukan sekadar tempat ibadah tetapi institusi penting dalam membina perpaduan ummah dan memperkukuh pembangunan masyarakat. Justeru, usaha memperkasa institusi agama seperti ini akan terus diberi keutamaan agar fungsi masjid dapat diperkasakan seiring dengan pembangunan negeri serta kesejahteraan Bangsa Johor. 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Mohamed Noah, Tabung Pembinaan Masjid Johor serta semua pihak yang terus menyumbang dan menjayakan usaha murni ini. Kerajaan Negeri akan terus komited memperkukuh pembangunan institusi agama demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri. Insya-Allah. 

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #OHMachap #SimpangRenggam #RapatkanSaf