Majlis Perasmian Masjid Felda Air Tawar 5 Kota Tinggi
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor atas perkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi.
Syukur Alhamdulillah. Keberangkatan ini bukan sahaja menyemarakkan lagi pengimarahan rumah Allah, malah mencerminkan hubungan akrab Institusi Diraja Johor bersama rakyat, serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan Bangsa Johor.
Masjid Felda Air Tawar 5 yang dibina di atas tanah GSA Felda seluas 0.997 ekar mula dibina pada September 2021 dan siap sepenuhnya pada Februari 2024 dengan peruntukan RM3.8 juta. Masjid ini mampu menampung sehingga 1,500 jemaah serta berperanan sebagai pusat ibadah, pembangunan ummah dan aktiviti kemasyarakatan.
Semoga Masjid Felda Air Tawar 5 terus dimakmurkan dengan pelbagai program ilmu, ibadah dan aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat, seterusnya menjadi pemangkin kepada perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




