Program Jelajah Orang Johor (JOJ) di DUN Machap
Jelajah Orang Johor DUN Machap memang ON!
Syukur Alhamdulillah, Program Jelajah Orang Johor (JOJ) di DUN Machap berlangsung dengan penuh meriah. Sambutan Bangsa Johor terutamanya masyarakat Simpang Renggam memang sporting, bertenaga dan OHsemmm!
Setiap siri jelajah tidak lengkap tanpa dimulakan dengan Solat Subuh berjemaah. Kali ini, saya bersama masyarakat setempat dalam Program Semarak Subuh Perdana DUN Machap di Masjid Ar-Rahman, Kampung Seri Desa. Program diteruskan dengan pelepasan Fun Walk di Mini Stadium MDSR Machap sebelum saya meluangkan masa bersama rakyat dalam pelbagai acara sukaneka yang cukup meriah di perkarangan Masjid Kampung Batu 6.
Jelajah kemudiannya diteruskan dengan konvoi bermotor ke Dewan Terbuka Taman Tiara Perdana, yang memberi ruang untuk menyantuni dan beramah mesra dengan masyarakat setempat. Kami seterusnya berkumpul dalam suasana penuh muafakat menerusi Kenduri Sekampung di Balai Raya Kampung Dato’ Ibrahim Majid sebelum meneruskan program Sukan Rakyat di Balai Raya Kampung Pinggir, Simpang Renggam.
Apa yang lebih istimewa, kemeriahan JOJ DUN Machap kali ini turut diserikan dengan Karnival Tentera Turun Padang di Dataran Muafakat, Simpang Renggam. Pelbagai pameran aset, demonstrasi serta aktiviti interaktif yang dibawakan oleh Angkatan Tentera Malaysia telah menarik kehadiran ribuan pengunjung.
Meskipun cuaca agak panas, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat Bangsa Johor yang hadir. Keterujaan dan sambutan luar biasa ini mencerminkan semangat patriotisme, perpaduan serta kebersamaan yang sentiasa menjadi kekuatan kita sebagai Bangsa Johor.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kepimpinan Simpang Renggam, para sukarelawan, persatuan, agensi kerajaan serta Angkatan Tentera Malaysia yang telah bertungkus-lumus menjayakan JOJ kali ini. Terima kasih juga kepada seluruh Bangsa Johor atas sambutan yang begitu hangat dan menggalakkan sepanjang program berlangsung.
Semoga semangat muafakat dan kebersamaan ini terus menjadi kekuatan untuk kita membangunkan Johor yang lebih maju, makmur dan sejahtera demi masa depan generasi Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JelajahOrangJohor #JOJ2026 #OHMachap




