Yang Di-pertuan Agong Terima Mengadap Menteri Besar Johor
YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar, di Johor Bahru pada hari ini, (15 Julai).
Seri Paduka Baginda dipersembahkan beberapa perkara termasuk pentadbiran Kerajaan Negeri Johor selepas berlangsungnya Pilihan Raya Negeri ke-16 baru-baru ini, selain hala tuju pentadbiran dan perancangan pembangunan negeri.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan harapan agar Kerajaan Negeri Johor yang telah diberi mandat oleh rakyat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, berintegriti serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap dasar dan inisiatif demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Johor.



