Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Syukur Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan izin Allah SWT, Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor telah selesai dilaksanakan hari ini.
Menjunjung kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas perkenan terhadap pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor Penggal 2026–2031.
Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor serta portfolio masing-masing adalah seperti berikut:
1. YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan
2. YB Tuan Haji Mohd Hairi bin Mad Shah
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi
3. YB Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam
4. YB Tuan Ling Tian Soon
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar
5. YB Tuan Lee Ting Han
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia
6. YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi
7. YB Puan Hajah Hasrunizah binti Hassan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
8. YB Tuan Md. Israk bin Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar
9. YB Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan
10. YB Tuan Pannir Selvam a/l Paliksina
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya
Barisan EXCO yang dibentuk ini menggabungkan pengalaman, kesinambungan dan tenaga baharu bagi memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri terus kukuh, cekap dan berkesan. Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang telah diberikan amanah. Pelantikan ini adalah satu tanggungjawab besar untuk terus berkhidmat kepada Bangsa Johor.
Saya juga memohon doa seluruh Bangsa Johor agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk kepada kami untuk memikul amanah ini sebaik-baiknya. Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan keredaan-Nya, demi Johor yang terus maju, makmur dan sejahtera. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor




