Program Semarak Maghrib Dan Isyak Di Masjid Kolam Ayer, Taman Kolam Air

Syukur Alhamdulillah, usaha mengimarahkan masjid melalui Program Semarak Maghrib dan Isyak diteruskan di Masjid Kolam Ayer, Taman Kolam Air. Inisiatif ini menjadi ruang untuk kita bersama-sama menghidupkan masjid dengan solat berjemaah, majlis ilmu dan pengisian yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Mengimarahkan masjid bukan sekadar memenuhi saf, tetapi membina hubungan yang lebih dekat antara umat Islam dengan rumah Allah. Melalui budaya solat berjemaah yang dipupuk secara berterusan, kita berharap masjid terus menjadi tempat yang menyatukan hati, membentuk akhlak serta mengukuhkan ukhuwah masyarakat.

Program ini turut diisi dengan Perkongsian Hadis 40 bertajuk “Pengambilan Makanan Halal Lagi Baik” yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Taufik bin Dato’ A Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Halal, serta bacaan Surah Al-Mulk sebagai pengisian rohani buat para jemaah.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168 yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.” Ayat ini mengingatkan kita tentang pentingnya memilih makanan yang halal dan baik sebagai tuntutan dalam kehidupan seorang Muslim.

Semoga usaha ini terus menyuburkan syiar Islam, menguatkan ukhuwah dan membawa rahmat serta keberkatan kepada seluruh umat Islam di Negeri Johor. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #SemarakMaghribDanIsyakJohor  #RapatkanSaf 

Skip to content