Nafas Baharu Eko-Pelancongan Kampung Sungai Melayu

Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Syukur Alhamdulillah, satu lagi produk pelancongan Johor kini diberi nafas baharu. Eko-Pelancongan Kampung Sungai Melayu di Iskandar Puteri yang dibangunkan kini menawarkan pengalaman lebih selesa dan menarik, bukan sahaja melalui aktiviti menyusuri sungai, malah turut dilengkapi Laman Budaya, kiosk jualan, kawasan jeti, kemudahan parkir serta perkhidmatan buggy, sambil mengekalkan keunikan alam semula jadi dan kehidupan komuniti setempat.

Bagi yang ingin meneroka keindahan Sungai Melayu dengan lebih dekat, pengunjung boleh memilih sama ada Boat Tour menggunakan bot kecil atau River Cruise menggunakan bot besar. Harga tiket bagi warganegara adalah seperti berikut:

1. Boat Tour – RM35 dewasa dan RM18 kanak-kanak; serta
2. River Cruise – RM45 dewasa dan RM22 kanak-kanak.

Bagi bukan warganegara, tiket Boat Tour adalah RM60 bagi dewasa dan RM35 bagi kanak-kanak. Operasi dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dan ditutup setiap hari Jumaat.

Alhamdulillah, sambutan terhadap destinasi ini juga semakin menggalakkan. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2026, seramai 15,188 pengunjung telah direkodkan, berbanding 6,256 pengunjung bagi tempoh sama tahun lalu. Peningkatan lebih dua kali ganda ini mencerminkan sambutan yang semakin baik serta potensi besar Kampung Sungai Melayu sebagai antara destinasi eko-pelancongan pilihan di Johor.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras memberikan nafas baharu kepada Eko-Pelancongan Kampung Sungai Melayu. Semoga usaha ini terus menarik lebih ramai pengunjung, memperkenalkan keindahan alam semula jadi Johor serta memberi manfaat dan limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Ayuh Bangsa Johor, jom terokai Kampung Sungai Melayu dan sama-sama kita promosikan keindahan khazanah negeri Johor sempena Tahun Melawat Johor 2026. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026

Skip to content