Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-273
YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 (hari pertama) di Istana Negara, hari ini (14 Oktober).
YAM Tunku Idris Iskandar berangkat sebagai wakil rasmi DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor.
MRR ke-273 dipengerusikan oleh Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-Lah.




