Amanat YAB Menteri Besar Johor

2025 bermula dengan Amanat YAB Menteri Besar Johor bersama Barisan EXCO, pegawai Menteri Besar dan pegawai EXCO.

Dalam amanat ini, YAB Menteri Besar Johor menyaran agar kita harus bekerja keras untuk mencapai impian menjadikan Johor sebuah negeri yang maju dalam semua aspek.

Maju Johor 2030 bukan sekadar aspirasi, tetapi komitmen tegas untuk membangun Johor ke arah kemajuan, meningkatkan taraf hidup rakyat, serta memperkukuh perpaduan. Setiap warga Johor mempunyai peranan penting dalam merealisasikan visi ini. Marilah kita berganding bahu membangun Johor yang maju dan memberikan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat.