Mesyuarat Pembentangan ‘Timeline’ Gerak Kerja & Projek Pembangunan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor

Saya telah mempengerusikan mesyuarat pembentangan ‘timeline’ gerak kerja & projek pembangunan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor

PKPJ telah memperuntukkan sejumlah RM 213.4 Juta dengan 12 inisiatif perumahan.

12 inisiatif yang dilaksanakan bermula Januari 2025 dan siap pada Q4 2025 adalah seperti berikut :

1) Penggunaan Teknologi AI dan Perkongsian Data bagi Sistem Perumahan Johor
2) Penyediaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) (sasaran 8,021 unit siap bina 2025)
3) Rumah Residensi Bangsa Johor (RSBJ) (Pontian, Tangkak & Muar)
4) Penyelenggaraan Fasiliti Perumahan
5) Pengurusan Ejen Fasiliti
6) Rejuvenasi Flat Awam Negeri Johor
7) Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ)
8) Pembangunan Rumah Kasih Johor (RKJ)
9) Program Rumah Prihatin Johor (RPJ)
10) Program Baik Pulih Rumah
11) Penganjuran Ekspo Hartanah Johor (JPEX 2025)
12) Program PKPJ Property Roadshow 2025

Pembentangan timeline gerak kerja ini adalah bagi memastikan agensi sentiasa ‘on track’ untuk projek pembangunan bagi memastikan perkhidmatan Kerajaan Negeri Johor dibawah teraju YAB Dato Onn Hafiz Ghazi sentiasa efisien & berkesan.

Pembentangan ini dihadiri sendiri oleh YB Datin Paduka Dr. Hajah Suhailizan binti Suliman, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Dr. Mohd Shahrizan bin Sahid Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, YM Hajah Ungku Khalsom Sofia binti Ungku Yusof Ketua Pegawai Pembangunan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor dan pegawai PKPJ.