Bakul Kasih Johor kepada penerima daripada Pejabat Perkhidmatan Awam di Kulai
Alhamdulillah, pagi tadi seusai Semarak Subuh Johor saya sempat menyampaikan Bakul Kasih Johor kepada penerima daripada Pejabat Perkhidmatan Awam di Kulai.
Program Bantuan Kasih Johor merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor untuk membantu keluarga miskin dan golongan B40 di seluruh negeri.
Program ini akan mengagihkan 5,000 bakul makanan kepada setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berfasa bermula akhir tahun ini hingga bulan depan.
Program ini mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Johor, Dato Onn Hafiz Ghazi dalam berkongsi rezeki dan limpahan kemakmuran ekonomi kepada rakyat Johor, berikutan hasil negeri yang mencecah RM2 bilion buat pertama kali dalam sejarah.
Program ini diharapkan dapat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Johor serta menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor