Bantu Persediaan Sekolah – 60 Murid Tahun 1 SMK Kem Iskandar, Mersing Terima Sumbangan
Pagi ini, saya berkesempatan beramah mesra bersama tenaga pengajar dan anak murid di SK Kem Iskandar, Mersing.
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam menyokong sektor pendidikan, seramai 60 murid Tahun 1 di SK Kem Iskandar telah menerima kit persekolahan alat tulis, hasil inisiatif YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.
Sumbangan ini bertujuan memastikan murid-murid mendapat permulaan persekolahan yang lebih teratur dan lengkap, sekaligus meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan pendidikan anak-anak.
Kerajaan Negeri Johor terus komited dalam memperkasa generasi muda dengan menyediakan sokongan yang diperlukan demi masa depan pendidikan yang lebih cemerlang.




