Bantuan Pemulihan Rumah Mangsa Kebakaran di Parit Bunga
Saya mendapat perkhabaran rumah keluarga sahabat saya arwah Ustaz Idrus Parit Bunga telah menerima musibah kebakaran beberapa hari yang lalu.
Saya telah menziarahi mangsa untuk melihat keadaan rumah tersebut bersama Majlis Agama Islam Johor Daerah Tangkak dan JKM Negeri Johor – JKMNJ Daerah Tangkak serta melihat bantuan bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa.
Insha Allah melalui Maij , rumah berkenaan akan dibaik pulih dalam jangka masa terdekat.
Semoga keluarga ini diberikan kesabaran dalam menghadapi musibah ini.