Baucar Kasih Johor Bernilai RM200 Kepada Penduduk Kampung Melayu Majidi

Insya-Allah, Kerajaan Negeri bakal melaksanakan Baucar Kasih Johor bernilai RM200 bagi setiap keluarga kepada penduduk Kampung Melayu Majidi yang dijadualkan bermula pada Februari 2026 sebagai langkah strategik untuk menggalakkan perbelanjaan di Pasar Awam dan Medan Niaga Kampung Melayu Majidi, sekali gus memperkukuh sokongan kepada peniaga tempatan dan ekonomi setempat. 

Program rintis ini perlu disambut dengan komitmen peniaga untuk terus meningkatkan kualiti makanan, persembahan hidangan, kebersihan premis serta layanan kepada pelanggan. Usaha ini selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Medan Niaga Kampung Melayu Majidi sebagai contoh dan penanda aras pengurusan medan selera di Johor yang lebih tersusun, bersih, selesa dan mesra rakyat.

Syukur Alhamdulillah, saya bersama YB Dato’ Jafni dan YB Hairi berkesempatan meninjau sendiri operasi serta kemudahan di Medan Niaga Kampung Melayu Majidi bagi memastikan kebajikan peniaga dan keselesaan pengunjung sentiasa diberi perhatian. 

Antara usaha yang telah dilaksanakan termasuk diskaun sewaan sehingga 50% sehingga hujung tahun, selain penambahbaikan kemudahan seperti pemasangan perangkap lalat,  televisyen, serta naik taraf aspek kebersihan dan keselesaan di kawasan medan selera.

Lawatan ini turut menjadi platform perbincangan terbuka bersama para peniaga untuk mendengar sendiri pandangan, cadangan serta cabaran yang dihadapi dalam urusan perniagaan harian. Kerajaan Negeri Johor komited menyokong peniaga tempatan. 

Ini hanyalah satu permulaan. Insya-Allah, inisiatif ini juga akan dilaksanakan di kawasan-kawasan lain.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor