Anak-Anak Johor yang Sedang Menuntut Ilmu di Universiti Madinah
Syukur Alhamdulillah. Saya berpeluang untuk bertemu dengan anak-anak Johor yang sedang menuntut ilmu di Universiti Madinah.
Sesi ini bertujuan untuk bertanya khabar dan mengeratkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan Bangsa Johor di Madinah. Mereka merupakan contoh cemerlang generasi muda yang berusaha menuntut ilmu untuk membawa kemajuan kepada negeri Johor dan negara Malaysia.
Dalam pertemuan ini, saya juga berkongsi perkembangan terbaru di Johor, serta pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan negeri Johor. Saya juga mengambil peluang untuk mendengar pandangan serta pengalaman mereka sepanjang menuntut ilmu di bumi Madinah, serta bagaimana mereka berhasrat untuk memberi sumbangan kepada pembangunan Johor apabila kembali ke tanah air selepas tamat pengajian.
Saya berdoa agar anak-anak Johor ini terus berjaya dan mengharumkan nama negeri Johor di persada antarabangsa. Semoga ilmu yang mereka peroleh di Madinah menjadi bekal yang bermanfaat dan memberi impak positif kepada pembangunan Johor, dalam menjadikannya sebuah negeri yang lebih maju menjelang tahun 2030. Insya-Allah.
Turut hadir, SS YB Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor; Tuan Roslan bin Sharif, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah; dan Tuan Muhammad Hijaz Mohd Ramli, Kaunselor Kedutaan Malaysia di Riyadh.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor