Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj kepada Seluruh Umat Islam
Selamat memperingati peristiwa Israk dan Mikraj kepada seluruh umat Islam.
Malam yang penuh dengan keajaiban ini adalah peristiwa yang seharusnya kita hayati dengan penuh rasa syukur. Pada malam tersebut, Baginda Rasulullah SAW dibawa oleh Malaikat Jibril menaiki Buraq, dari Masjid al-Haram menuju Masjid al-Aqsa, lalu terus menuju Sidratul Muntaha, menyaksikan kekuasaan Allah SWT yang tiada tandingannya.
Peristiwa Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai pengajaran yang sangat berharga. Marilah kita mengambil iktibar daripadanya dengan meningkatkan amalan, memperbaharui keimanan, dan berusaha sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, agar kita sentiasa berada di jalan yang dirahmati dan diberkati-Nya.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor