Bina Baru dan Baik Pulih Rumah Asnaf DUN Semerah

Kita gembira bila permohonan yang dimajukan bagi kerja-kerja bina baru dan baik pulih rumah asnaf di kawasan kita yang dimulakan sekitar September 2024 sudah siap. Sudah boleh diduduki.

Kita singgah tadi, baik mutu kerjanya. Selesa ruang dan senggang antara kawasan dalam rumah.
Tahniah kepada para penerima bantuan ini :-

1. En Jalil Bin Rebu – Bina Baru Majlis Agama Islam Johor di Kg Telok Bakong 1
2. En Eddy Adnan – Bina Baru MAINJ di Lorong Kurnia Kg Bagan Lama
3. Pn Norintan Shariff – Bina Baru MAINJ di Kg Lapis Kajang
4. Pn. Ruhayah Binti Hasan – Baik Pulih MAINJ di Kg Sungai Kajang Laut
5. Pn Rubeiah Nor – Bina Baru Waqaf An-Nur di Kg Sungai Kajang

Terima kasih kepada pembayar zakat dan penginfaq.