Semarak Subuh Johor 2025 dan Turun ke Kawasan Perniagaan Felda Taib Andak
Alhamdulillah,
Pagi tadi seusai #semaraksubuhjohor2025 saya berkesempatan turun padang dan “ronda” ke kawasan perniagaan Felda Taib Andak.
Aktiviti ini yang sering saya adakan ini dapat melibatkan pertemuan dengan penduduk, mendengar masalah mereka, serta memberi perhatian kepada keperluan rakyat setempat.
Selain itu, saya juga mengambil peluang “belanja rakyat” dengan sumbangan kepada peniaga-peniaga untuk mereka memberikan semula kepada pelanggan mereka sendiri. Ianya sekaligus memberikan sokongan kepada aktiviti komuniti.
Sebagai ADUN yang menjaga kawasan ini dibawah pimpinan YAB Dato Onn Hafiz Ghazi berperanan memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat di kawasan Bukit Permai dan keseluruhan #bangsajohor sentiasa terjaga.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
—————————————————