EXCO PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MENZIARAHI KES VIDEO VIRAL RUJUKAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI II DS FADHILAH

Saya mendapat makluman berkenaan satu kes video viral yang menular di laman sosial berkenaan seorang lelaki memohon bantuan dari orang awam untuk membantu ibu dan bapanya yang sakit terlantar di rumahnya. Saya bersama JKM Negeri Johor – JKMNJ telah ke rumah mereka pada 17 Januari 2025 untuk melawat dan melihat sendiri keadaan mereka di sana.

Setelah kes viral ini disiasat oleh petugas JKM, didapati bahawa terdapat beberapa maklumat yang tidak tepat berkenaan video tersebut.

Walaubagaimanapun, JKM tetap mengambil tindakan untuk membantu keluarga ini. Mereka telah diluluskan Bantuan Pesakit Terlantar (BPT) sebanyak RM500.00 sebulan atas nama penjaga bagi ibunya, bermula bayaran pada Februari 2025. Seterusnya, bantuan segera sebanyak RM300.00 akan diberikan kepada penjaga pada 15 Januari 2024.

Semoga segala urusan keluarga ini dipermudah olehNya. Aamiin ✨🤲🏻

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor