Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2025 – Mewarnai Langit Johor

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2025 kembali dengan penuh warna-warni, membawa keindahan seni layang-layang dari seluruh dunia. Acara ini bukan sekadar satu pameran, tetapi juga satu simbol perpaduan dan warisan budaya.

Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan pelbagai aktiviti menarik yang pastinya memukau seisi keluarga. Festival ini juga menjadi platform untuk menghargai kreativiti, kemahiran, dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta tempatan dan antarabangsa.

Malam ini turut berlangsung Majlis Perasmian Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2025, menandakan permulaan sebuah acara penuh kemeriahan. Sama-sama kita raikan warisan budaya ini dan terus mengangkat Johor sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia.

Sumber Gambar : Media Digital Johor