Generasi FELDA Pemacu Kemajuan Masa Depan Johor
Syukur Alhamdulillah, saya telah melancarkan Sekretariat Muafakat FELDA Negeri Johor semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa Generasi FELDA Johor di Perantauan, bertempat di Menara Felda, Kuala Lumpur.
Hari ini, generasi FELDA bukan sekadar pewaris tanah rancangan, tetapi pemacu perubahan yang membawa aspirasi baharu. Penubuhan Sekretariat Muafakat FELDA Negeri Johor akan menjadi platform penting dalam merangka inisiatif bermakna demi kebajikan dan pembangunan anak-anak FELDA. Dengan kesatuan dan kerjasama erat, saya yakin kita mampu membawa FELDA ke tahap yang lebih tinggi.
Saya ingin menyeru seluruh warga FELDA, khususnya generasi muda, untuk terus bangkit dan memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan FELDA. Dalam dunia yang serba pantas ini, keupayaan untuk beradaptasi, berinovasi, dan mencipta peluang adalah kunci untuk terus kekal relevan serta berdaya saing. Jangan takut untuk mencuba, jangan gentar untuk melangkah lebih jauh.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita ini terus membawa manfaat bukan sahaja kepada warga FELDA, tetapi juga kepada kemajuan negeri dan negara. Bersama-sama, kita akan membina FELDA yang lebih gemilang, memacu kemajuan yang berterusan, dan mencipta legasi yang membanggakan untuk generasi akan datang. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor