Gerakan Koperasi Di Johor Perlu Ubah “Mindset”, Rebut Peluang Pelaksanaan JS-SEZ
Pagi tadi saya berkesempatan memenuhi undangan menyempurnakan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Keempat Koperasi Muafakat Bangsa Johor Berhad (KMBJB) di Larkin, Johor Bahru.
Gerakan koperasi ini yang diterajui mantan ADUN Larkin, Datuk Adam Sumiru merupakan satu yang mengetengahkan identiti Johor iaitu keahlian yang terdiri dari pelbagai kaum dan 60 peratus daripada 559 ahlinya terdiri daripada kalangan B40.
Selain mengingatkan ahli koperasi yang hadir untuk menanam “mindset” memajukan koperasi yang dianggotai, saya turut menerangkan kepada mereka berkenaan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan peranan mereka untuk bersama-sama jayakan matlamat yang diusahakan Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi.
Turut bersama pada majlis tadi ialah Puan Izzelita binti Mohd Nazir, Timbalan Pengarah (Pembangunan dan Kewangan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah