Inisiatif Johor Bersih

Inisiatif Johor Bersih adalah usaha yang digerakkan oleh Menteri Besar Johor. Dalam merangka Agenda Johor Maju, beliau turut menekankan dasar mesra alam untuk negeri Johor. Oleh itu, beliau menggesa semua pihak di setiap daerah dan kawasan untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan agenda ini.

Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta pada tahun 2025 bagi menangani isu kebersihan dua sungai utama yang merentasi Bandaraya Johor Bahru. Diharapkan pelaksanaan projek ini dapat mengurangkan sampah yang mengalir ke sungai dan laut, sekali gus mengurangkan pencemaran serta meningkatkan kualiti air dan ekosistem sungai kita.

Selain itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM2 juta bagi usaha pemulihan dua sungai tercemar di Pasir Gudang, iaitu Sungai Buloh dan Sungai Tukang Batu.

Kedua-dua sungai ini telah disenaraikan sebagai antara sungai paling tercemar di Malaysia selama bertahun-tahun.
Oleh itu, kerajaan negeri komited untuk membersihkan sungai-sungai ini dan mengeluarkannya daripada senarai sungai paling tercemar di negara ini.

Hari ini, aktiviti Johor Bersih telah mendapat sambutan hangat daripada golongan belia, dengan penyertaan pelbagai kumpulan belia dan sukarelawan.

Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana dalam tempoh satu jam sahaja, kawasan tebing sungai telah kembali bersih.