Johor Bakal Wujud Sekretariat Khas Bincangkan Hal Ehwal FELDA

Alhamdulillah, langkah pertama ke arah penubuhan sebuah sekretariat di peringkat negeri khusus untuk menyelami hal ehwal pembangunan FELDA Negeri Johor.

Cadangan penubuhan sekretariat ini adalah salah satu langkah proaktif Kerajaan Negeri Johor di bawah pentadbiran YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi untuk mendengar secara terus permasalahan dan harapan lebih 180,000 warga FELDA Johor di 73 Rancangan FELDA seluruh negeri.

Keanggotaan sekretariat ini merangkumi kepimpinan di setiap peringkat pengurusan FELDA, termasuk wakil peneroka, generasi belia, wanita dan NGO berkaitan FELDA yang akan terlibat secara langsung dalam sekretariat ini.

Sekretariat ini merupakan platform penting bagi kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan FELDA supaya segala isu atau perkara yang berbangkit dapat ditangani dengan segera dan tuntas.