Kerajaan Negeri Johor Telah Meluluskan Peruntukan RM1 juta

Syukur Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Johor telah meluluskan peruntukan RM1 juta bagi kerja-kerja baik pulih kuarters Polis Muar bagi memastikan kemudahan kediaman yang lebih selesa dan selamat dapat disediakan kepada anggota polis yang berkhidmat di daerah ini.

Semasa lawatan ke Daerah Muar, saya sempat turun padang melihat sendiri keadaan kuarters polis yang telah lama uzur dan memerlukan perhatian segera. Terdapat beberapa unit yang rosak dan tidak dapat digunakan dengan baik, manakala kemudahan asas juga berada dalam keadaan yang kurang memuaskan.

Kita semua sedia maklum bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Mereka bertugas siang dan malam demi memastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

Atas sebab itu, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan “whole-of-nation approach”, dengan bekerjasama bersama agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan anggota keselamatan sentiasa diberi perhatian. Semoga usaha ini dapat memberikan sedikit keselesaan kepada anggota polis yang terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi keselamatan Bangsa Johor.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor