Johor Darul Ta’zim (JDT) Menjuarai Piala Malaysia 2025/26

Syukur Alhamdulillah. Tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2025/26 selepas menewaskan Kuching City FC dengan kemenangan 2-0 dalam aksi final yang penuh semangat dan mendebarkan.

Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas kepimpinan, komitmen dan usaha berterusan dalam memartabatkan bola sepak Johor sehingga JDT terus menjadi kebanggaan bukan sahaja di peringkat negara, malah di persada dunia.

Atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi Negeri Johor sempena kejayaan JDT merangkul Piala Malaysia 2025/26.

Sesungguhnya, kemenangan ini adalah hadiah buat seluruh Bangsa Johor dan para penyokong JDT yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan, dalam suka dan duka, di setiap perlawanan, di setiap musim.

Terima kasih juga kepada barisan pemain, jurulatih, pengurusan pasukan dan seluruh keluarga besar JDT atas kejayaan yang cukup membanggakan ini.

AYUH JOHOR! AYUH JOHOR! LUASKAN KUASAMU JOHOR!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #JDT #LuaskanKuasamuJohor