Johor Perkenal Inisiatif Penghantaran Ubat dan Locker4U Kurangkan Kesesakan Hospital
Saya bersama-sama Menteri Besar Johor menyaksikan pelancaran dua inisiatif perkhidmatan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Bahagian Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi mengurangkan kesesakan di hospital dan klinik kesihatan Johor.
Pada tahun 2024, sebanyak RM900,000 telah diperuntukkan, manakala pada tahun 2025, jumlah ini meningkat kepada RM1 juta untuk melaksanakan perkhidmatan penghantaran Ubat Melalui Pos. Sejak pelaksanaan pada Ogos tahun lalu, seramai 9,000 orang telah menyertai program ini, dan jumlah tersebut meningkat kepada 12,200 orang pada Disember.
Kami berharap lebih ramai pesakit akan menyertai program ini, yang bukan sahaja dapat menjimatkan masa mereka daripada pergi ke hospital tetapi juga membantu mengurangkan kesesakan di hospital.
Kedua, kami juga memperkenalkan inisiatif Locker4U, yang membolehkan pesakit mengambil ubat mereka di lokasi awam tertentu melalui locker locker yang telah ditentukan.
Kami berharap kedua-dua inisiatif ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di hospital dan klinik kesihatan serta meringankan beban kerja para farmasis.