PROGRAM BERKHATAN KOMUNITI
Musim sunat datang lagi
Seramai 55 orang anak-anak kita dalam DUN Semerah kita sunatkan hari ini di Sekolah Kebangsaan Seri Padang Sari. Mereka berani.
Selamat datang ke alam remaja anak-anak semua. Pak cik dahulu pun merasainya.
Program kerjasama dengan Majlis Agama Islam Johor ini diperkuat dengan usaha Ustaz محمد صديق dan kawan-kawan Rumah Orang Semerah.
Dr Mohammad Aswad mewakili saya pagi ini. 6 doktor dan pembantu mereka menguruskan anak-anak kita untuk disunatkan.
Terima kasih ibu ayah, abang Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Pahat sentiasa menyokong. Ketua-ketua UMNO Cawangan – Cawangan, Penghulu dan Ketua.- Ketua Kampung serta para sukarelawan, usaha dan sokongan kalian amat dihargai.