Johor Prihatin – Murid Tahun 1 SJK (C) Paichee dan SJK (C) Jemaluang dibantu
Seramai 60 murid Tahun 1 dari SJK (C) Pai Chee dan SJK (C) Jemaluang menerima sumbangan kit alat tulis dalam usaha menyokong permulaan pendidikan mereka dengan lebih lancar.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan setiap pelajar mendapat akses kepada keperluan pembelajaran yang mencukupi, sejajar dengan aspirasi Johor ke arah pendidikan berkualiti.
Kerajaan Negeri Johor terus menitikberatkan kesaksamaan dalam pendidikan, memastikan bahawa setiap murid, tanpa mengira latar belakang, mendapat permulaan yang terbaik dalam perjalanan pendidikan mereka.