Semangat Perpaduan dan Kemakmuran Bangsa Johor dalam Sambutan Tahun Baru Cina
Walaupun sambutan Tahun Baru Cina sudah berlalu, semangat perayaan dalam kalangan Bangsa Johor terus dirasai dan masih meriah.
Syukur Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira dapat hadir ke Majlis Makan Besar sempena Tahun Baru Cina MCA Negeri Johor bersama YB Dato Seri Ir Wee Ka Siong serta kepimpinan MCA Negeri Johor. Perpaduan yang dipamerkan hari ini adalah satu lambang kekuatan yang terus memperkukuh keharmonian dan kerjasama antara semua kaum di negeri Johor.
Tahun ini, Johor mencatatkan pencapaian yang luar biasa. Semua ini adalah hasil usaha bersama dalam memajukan negeri Johor, meningkatkan ekonomi, dan membawa kesejahteraan kepada seluruh Bangsa Johor. Dengan semangat yang sama, kita akan terus maju dan memastikan Johor menjadi lebih berdaya saing menjelang tahun 2030.
Marilah kita terus memperkukuh perpaduan, berganding bahu untuk menjadikan Johor negeri yang lebih makmur, maju, dan sejahtera. Semoga Tahun Baru Cina ini membawa lebih banyak kejayaan, kebahagiaan, dan kemakmuran kepada kita semua.
Gong Xi Fa Cai!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor